Translate My Story to Understand it More

Tuesday 15 October 2013

Dealing With Things (Berhadapan Dengan Banyak Perkara)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..dah hampir dua bulan Wes di bumi tarbiyyah UPSI..

Mengambil jurusan ISM Psikologi...Yang mana kursus ini memang akan berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia.

Kali nie tajuk agak kurang menarik.. tapi mesti pernah kena dengan anda kan...

Yang pertama kita kan berhadapan dengan ragam MANUSIA...
Kalau nak di cerita manusia ni memang banyak ragam lah... tak terkira oleh jari jemari ini..

Jenis yang PERTAMA.... MINTA PUJI...
Ini merupakan orang yang terlalu over dalam buat sesuatu perkara..dan kadang tu mengharapkan agar orang lain mengahargai dengan kata lain minta di puji oleh orang sekeliling.. nak deal orang mcm nie senang jak...Jangan layan atau jangan puji lebih-lebih..

Jenis yang KEDUA.... TAK TAHU TOLERANSI
Hurm ni memang golongan nak kena nyanyikan lagu "KAKI KU DI BIBIRMU"..orang mcm nie, harus diberi gambaran bahawa dia harus fikirkan orang lain juga bukan fikir dirinya sahaja. Bayangkan kita kena buat semua benda tapi dia still goyang kaki buat kerja sendiri..nak deal dengan orang mcm nie..hurm susah sikit sebab golongan harus di sedarkan...Tapi cuba dengan sindiran pedas..hurm confirm terasa...


Jenis yang KETIGA... JUAL IKAN (SELFISH)
Orang nie macam golongan yang tak pandai toleransi lah..tapi nie dia lebih penting kan diri..apa orang kat..PENTING KAN PERUT SENDIRI..hurm mungkin korang faham lah... Nak deal dengan dorang nie..bagi je semua tugasan kat dia..suruh dia buat semua...hehehehe..but dengan cara yang baiklah...

Jenis yang KEEMPAT... MENGHARAP
Hah ini golongan yang tak best untuk dijadikan kawan...Ada apa masalah for sure dia akan harap kita untuk selesaikan..hurm golongan sebegini lahir dari golongan anak manja atau memang yang tak pandai berdikari... Dia hanya harap orang suap dia untuk di bergerak..Kebanyakan orang mcm nie lambat sikit nak berjaya.. Nak deal orang macam nie, jangan kongsi masalah dengan dia dan jangan bagi dia penyelesaian..suruh dia fikir sendiri..baru dia boleh guna otak tu..

Jenis yang KELIMA... BOSSY (SUKA MENYURUH)
Ini sifat yang tak patut ada dalam diri kita sebab, semua benda kita boleh buat sebenarnya..tapi dek kerana sikap sebagai ketua tu tebal..hurm apa lagi suruh orang lah..kalau tak siap kerjanya suruh oran lain buat.. Sebenar istilah suruh menyuruh tak baik,..sebab dia mengajar sifat malas...Kita juga akan mengharap agar ada orang tolong kita selesaikan masalah itu..hurm...nak deal dengan orang nie..senang jew selalu elak dengan cakapa anda ada banyak kerja nak selesaikan...apalagi kalau tugasan yang dia suruh korang buat tu memang dia yang patut buat..

Selain dari manusia...sudah jadi lumrah kita akan berhadapan dengan semua jenis keadaan sebagai contoh, kehidupan yang juga menumpang di bumi ALLAH SWT ini... dan kadang-kadang ini juga boleh menyebabkan kita mudah cepat berputus asa...
Ambil yang positif jangan pandang yang negatif..kalau kita asyik cari salah, yang betul akan hilang..
Jadi cuba fikir apa yang kita patut buat bukan apa yang kita patut banggakan...
We are build a nation not think to make a nation...
Kita harus bina bangsa kita bukan fikir untuk buat bangsa kita...

thats all from me
-WES-

Bicara itu lebih tajam dari sebilah pedang...
Bicara bisa melembutkan hati...
Bicara bisa menundukkan hati...
Bicara bisa menjelaskan segalanya...
Bicara bisa membina bangsa...



No comments:

Post a Comment