Translate My Story to Understand it More

Tuesday 4 March 2014

Hati Ibarat Botol???




Assalamualaikum, maka dengan ini coretan Wesmorlan dalam Bila Wesmorlan Berbicra pun bermula…
Kali nak cerita pasal apa ya.. Hurrrmmmm…
Okaylah mari kita berbicara soal “Memuaskan Hati”
Ramai orang cakap,

“Weyh ko buat macam tu ko fikir baguslah ???”
“Apasal pakaian mu ni outdated ??”
“Ndak (Tidak) apa ko sudah buat yang terbaik”
“Ish malaslah mow dengar apa kau cakap”

Ini antara dialog-dialog orang yang puas dan yang tidak puas hati dengan kita..
Nak puaskan hati semua orang??
Memang tak lah, kita ni bukan pegang hati dorang…
Kita hanya mampu sentuh…
Tapi itupun kalau kena lah…

Pada suatu masa dulu ketika sedang nak berjinak-jinak dengan  blog,
Ada sahaja kutukan dan rasa tak puas hati orang, itulah, inilah dan macam lagi…
Tapi dengan selamba aku jawab…
“Ini blog aku buat untuk memberi pendapat semata-mata, kalau rasa tak nak baca, tak paksa pun, kalau terasa maaflah sebab mungkin ada betulnya”

Hati manusia ni ibarat botol...




ada yang sedia terisi, ada yang, separuh dan ada yang kosong...

Dan tingkah laku kita ini ibarat kita menuang air kedalam botol itu...
Kita bahagi sama rata..

Yang sedia terisi..
Malas nak terima sebab dah penuh dan kadang-kadang menjadi sombong...

Yang separuh terisi..
Penuh dan puas...

Yang kosong,
Mungkin tak cukup sehingga mereka tak puas hati...

Sampaikan kita sendiri tak puas dengan diri sendiri...
Maka sebagai manusia, perlu bijak dalam melakukan sesuatu..

Orang tak lihat kita dari satu sisi, tapi dari semua sudut...

Much love from me

-BWB-

No comments:

Post a Comment