Segelintir masyarakat di
Malaysia merasa, ketakutan yang teramat apabila di momokkan dengan cerita hantu
kerana dalam satu teori yang dibuat oleh pakar psikologi barat, mereka
berpendapat bahawa segala persepsi masyarakat yang berada di sekeliling akan
mengakibatkan percambahan emosi seseorang yang berada di dalam sesuatu situasi, sebagai contoh apabila kita
berseorangan berada di satu situasi seperti di tempat gelap dan sunyi, perasaan
takut akan mula menghampiri diri, hal
ini demikian kerana persepsi masyarakat yang sentiasa memomokkan cerita bahawa
apabila kita berada pada tempat yang gelap dan sunyi akan adanya makhluk halus
dan aktiviti paranormal.
Selain itu kita juga dapat melihat
bahawa masyarakat sejak zaman dahulu
kala selalu menanamkan sikap lemah semangat dalam diri anak mereka, demi
mengelakkan mereka melakukan sesuatu yang sukar dan diluar kawalan. Menurut
teori psikologi kanak – kanak pada usia 6 bulan telh mula untuk membuna
kefahaman pemikiran dan sentiasa untuk belajar benda yang baru dan ibu bapa
mereka amat berjaga jaga ketika itu, dengan melakukan pendekatan seperti
menakutka mereka ini akan membina sesuatu yang akan memberikan mereka persepsi
apabila berada berseorangan di suatu tempat mereka akn merasa ketakutan akan
makhluk halus yang akn menjelma. Seterusnya ikan akan membina persepsi kanak
kanak yang mudah takut apabila berada di tempat secara berseorangan. Sebagai
ibu bapa kita perlu menyemai sikap yang berani didalam diri anak supaya mereka
dapat membina keyakinan dalam apa jua situasi.
Industri perfileman dinegara kita
juga semakin banyak membuat pembikinan filem yang berasaskan aktiviti
paranormal yang mungkin akan memberikan impak yang amat besar dalam diri kanak
kanak. Mereka (kanak kanak) pada masa kini ama banyak dimomokkan dengan cerita
hantu dan menjadikan mereka semakin takut ini yang amat membimbangkan
masyarakat di Negara kita. Kerana buakn saya disini ingin menafikan tentang
makhluk lain ciptaan tuhan yang berkongsi hidup dengan kita di muka bumi ini,
tetapi filem yang menggambarka hantu dan aktiviti pemujaan bukanlah sesuatu
yang reality dan harus dipercayai kerana hantu bukan lah sesuatu yang wujud di
muka bumi ini, kerana itu semua adalah angkara iblis yang ingin menyesatkan
anak adam.
Dewasa kini dapat kita lihat rentetan fiem
seram yang diterbikan olef agensi perfileman tidak kira dalam mahupun luar
Negara banyak menerbitkan filem yang begenre seram yang mana mereka berpendapat
bahawa jika file mini ditayangkan mungkin akan memasuki senarai “box Office”
dan menjadi perbualan ramai semestinya tetapi ia kurang mengambil berat akan
akibatnay kepada kanak kanak yang menonto filem tersebut, kerana kebanyakkan
filem bergenre sera mini akan mendapat hak paparan umum, ini akan mendatangkan
sesuatu yang buruk kepada kanak kanak yang menonton filem seram tersebutseperti
mereka akan mula menjadi penakut dan kurang percaya kepada diri sediri.
Kesedaran patut dipupuk kepada ibu bapa
supaya kurang memberikan tau mendedahkan cerita yang tidak sepatutnya ditonton
oleh anak mereka kerana daripada situlah mereka akan merasa bahawa diri mereka
kurang semangat untuk menempuh kehidupan mereka dan supaya mereka menjadi kuat
semangat dan tidak mudah semangat mereka untuk digoyahkan.
Apabila becerita tentang semangat dan filem
seram yang semakin berkait rapat Antara satu sama lain saya amat tertarik
ketika menulis artikel ini dengan ingain mengaitkan apakah sebab kanak kanak
pada masa kini lebih rendah semangat ataupaun penakut dalam bahasa yang amat
mudah difahami, dengan kaedah penyelidikan yang dilakukan oleh pakar psikologi
apbila kanak kanak dimomokkan dengan cerita hantu ataupun cerita yang mungkin
kan menguji semangat yang sedia ada tidak takut menjadi takut apabila berada
dalam satu situasi selepas menonton filem yang bergenre seram ini.
Pada saat saya menulis penulisan ini
saya amat tertarik untuk menjadikan sebuah cerita yang digarap baik oleh
sutradara James wan, yang mana pembikinan filem ini yang menelan belanja
sebanyak 20 juta us dollar dan mendapat
banyak kritikan daripada pelbagai pengiat seni, dalam mendapat kritikan dan
pandanagan yang berbeza daripada pelbagai pihak yang mana ada yang menyokong dan mengkritk ia dapat
memberikan impak yang besar kerana setiap penonton mendapat impak yang besar
daripada cerita tersebut kerana kutipan yang diperoleh berdsarkan cerita
tersebut ia memberikan kutipan yang memberangsangkan kerana mengaut keuntunagan
yang besar sebanyak 313 juta us dollar.
Mengikut pengamatan saya selepas
menonton cerita “The Conjuring”, saya
mendapati bahawa cerita ini mengambarkan sesuatu yang mana memberikan impak
yang amat besar kepada sesiapa yang menonton daripada segenap lapisan
masyarakat dan peringkat umur umumnya. Secara konklusi cerita ini adalah
menceritakan mengenai sebuah keluarga yang baru berpindah ke sebuah rumah yang
lama ditiggalkan ketika dahulunya adalah milik kepada seorang seorang ahli
sihir lelaki yang membunuh ahli keluarganya sebelum membunuh dirinya, roh jahat
ahli sihir yang berlegar didalam rumah tersebut telah menganggu keluarga
tersebut dengan tujuan ingin menghalau mereka sekeluarga supaya meningalkan
rumah tersebut. Pada setiap malam tepat pada pukul 3.07 pagi roh jahat pemilik
asal rumah tersebut akan mula mengangu keluarga terbabit dengan yang pertama
membunuh anjing keluarga terbabit, seterusnay gambar yang tergantung di
sepanjang tangga, roh tersebut juga membuat kekacauan dengan menakutkan anak
anak Carolyn yang mana menakutkan mereka
dengan menganggu mereka. Setelah melalui detik detik yang menjadikan mereka
trauma yang teramat sangat Carolyn telah mengambil langkah yang drastic untuk
memanggil pakar aktiviti paranormal yang bernama Ed dan Lorraine Warren untuk membantu mereka menghalau
roh jahat yang berada di dalam rumah mereka. Pada mulanay ed dan Lorraine
menolak untuk membantu tetapi kerana kasihankan kepada Carolyn sekeluarga dia
pun menerima , didalam cerita ini Lorraine mempunyai kelebihan untuk merasa
kehadiran roh jahat dan dan dapat melihat mereka. Bagi membantu menghalau roh
jahat yang sering menganggu Carolyn sekeluarga mereka telah meminta bantuan
daripada seorang paderi yang tingal berdekatan tetapi kehadiran paderi tersebut
lambat dan pelbagai lagi situasi yang memburuk dengan roh jahat yang semakin mengganas
dengan merasuk. Setelah itu Ed telah mengambil langkah yang drastic dengan
membaca mentera yang selalu digunakan oleh paderi bagi upacara pengusiran
hantu. Dan selepas daripada itu roh jahat ersebut mula menunjukkan keganasan
dengan memamirkan rupanya yang sebenar, ia merasuk tubuh Carolyn dengan ingin
membunuh anak bongsu Carolyn tetapi sempat diselamatkan oleh Ed dan akhirnya ia
sedar dan roh jahat mula keluar daripada badan Carolyn dan ia mula sedar
semula.
Setelah menonton cerita ini tidak dapat
dinafikan bahawa filem yang bergenre seram ini amat memberikan impak yang besar
kerana garapan cerita yang baik, watak yang dimainkan oleh pelakon juga amat
baik Serta, gimik dan unsur suspen yang mendorong penonton ingin menonton
cerita tersebut.
Walaupun mendapat sambutan yang amat baik,
dari cerita ini saya telah mendapat buah fikiran bagi mengaitkan teori pakar
psikologi beriringan dengan situasi yang dilakonkan dalam Beberapa babak yang
dapat meninggalkan impak kepada kanak kanak yang mungkin menonton filem,
sebagai contoh dapat kita lihat bahawa suatu babak di mana anak kepada Carolyn
yang berada didalam bilik dan merasa ada sesuatu sedang memerhati dia dari
pelbagai arah yang gelap, ank Carolyn meberanikan diri untuk melihat apakah perkara
yang menganggu beliau. Pada mulanya beliau menjadi berani untuk melihat di
bawah katil dan apabila mendapati sesuatu berada di bawah katil beliau menjadi
seoarang yang penakut, dalam hal ini dapat dikaitkan kepada teori psikologi
yang pertama ialah “claasical conditioning”, yang mana dalan teori ini dapat
kita lihat apabila seseorang yang pada mulanya berani kepada sesuatu dan
apabila sesuatu buruk berlaku pada situasi yang sama ia akan mula mengubah
persepsi kepada perkara itu akan menjadi bahaya, maka apabila kanak kanak
menonton situasi dimana hantu akan muncul apabila kita melihat kebawah katil
[ada waktu malam, ini akan memberikan impak yang amat besar kepada ibu bapa
kerana anak mereka akan menjadi lemah semangat dan kurang keyakinan apabila di minta
untuk tidur bersendirian.
No comments:
Post a Comment