Translate My Story to Understand it More

Monday 17 February 2014

Peranan Kerajaan Dalam Membantu OKU


1.  PENGENALAN
Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan antara golongan minoriti yang ada di Malaysia dan kehadirannya menjadi tumpuan pelbagai pihak untuk membantu golongan minoriti ini.
Kerajaan sedar akan kepentingan untuk menjaga kebajikan masyarakat ini agar mereka juga dapat sama-sama menikmati kemakmuran negara Malaysia. Antara langkah kerajaan adalah memperkenalkan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Ini sekaligus memberi peluang dan ruang masayrakat minoriti ini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan perlindungan.
‘Orang Kurang Upaya di Malaysia juga telah mebuat tuntutan terhadap kedudukan mereka dalam hak asasi rakyat Malaysia. Mereka membantah bahawa mereka tidak sepatutnya di kecualikan daripada pembangunan ekonomi yang membawa Malaysia kearah sebuah negara industri baharu dan sudah tiba masanya kerajaan mengambil kira pandangan dan pendapat Orang Kurang Upaya ini dalam implementasi dan perancangan nasional’.(Dipetik,Diterjemah dan Diubahsuai daripada ‘Disabled People: Citizenship & Social Work: The Malaysian Experience)
Hasil dalam tuntutan mereka itu, mereka berjaya mendapat tempat dalam pelbagai bidang di Malaysia ini. Walaupun mereka merupkan golongan minoriti yang seharusnya mendapat tempat dalam semua aspek dang bidang agar mereka tak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Keperluan mereka juga merupakan salah satu kepentingan untuk kerajaan bawa di parlimen supaya kehidupan mereka terjamin sekaligus menjadikan mereka golongan yang harus di jaga.




 2.  ISTILAH KHUSUS
PDK                Pemulihan Dalam Komuniti
CC                   Charity Care
CCO                Charity Care Organisation
EC                   Enabling Care
MCD               Malaysian Confenderation of the Disabled
MCR               Malaysian Council for Rehabilitation
NSWC            National Social Welfare Council

Orang Kurang Upaya  -Terma yang merujuk kepada orang yang mempunyai masalah                   dan kekurangan.


3.  GOLONGAN KURANG UPAYA
Kurang upaya ini boleh didefinisikan sebagai orang yang mempunyai masalah dalam beberapa aspek iaitu, pergerakan, fikiran, dan tubuh badan. Golongan ini merupakan golongan minoriti di Malaysia. Golongan merupakan golongan yang cacat dan sangat menyukar mereka untuk melakukan aktiviti harian mereka seperti orang normal.
Golongan ini memerlukan perhatian masyarakat agar mereka mendapat perhatian agar nasib mereka terbela. “Golongan kurang upaya ini sering disisihkan dari masyarakat dalam pelbagai bidang sosial yang penting seperti pelajaran, pekerjaan, kehidupan berkeluarga, penyertaan dalam politik, dan juga kemudahan kepada fasiliti seperti kenderaan, rumah,informasi dan sebagainya” (Dipetik, Diubahsuai dan Diterjemah dari , Disability: A life Course Approach, Mark Priestly, 2003:12).



4.  JENIS-JENIS ORANG KURANG UPAYA
Orang kurang upaya ini dapat dikalsifikasikan berdasarkan jenis masalah yang mereka alami.
  1. Kurang Upaya Pendengaran
  2. Kurang Upaya Penglihatan
  3. Kurang Upaya Fizikal
  4. Masalah Pembelajaran
  5. Kurang Upaya Pertuturan

4.1 Kurang Upaya Pendengaran
Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:

Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)


4.2 Kurang Upaya Penglihatan
Individu yang mengalami penglihaatan yang terhad padasebelah atau kedua belah matanya. Mereka memerlukan alatan sokongan untuk mengatasi masalah ini seperti menggunakan kanta pembesar dan alat bantu menglihat yang lain. OKU penglihatan ini boleh dikelaskan kepada beberapa kelas. Antaranya:


Buta
Penglihatan yang mana merekod 3/60 dari penglihatan biasa walaupun menggunakan alat bantuan penglihatan. Dan biasanya mereka merupakan golongan yang seratus peratus tidak melihat dengan baik. Medan penglihatan biasanya kurang daripada 10 darjah daripada yang telah diperbaiki

Penglihatan Terhad
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 namun sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dengan bantuan penglihatan. Biasanya medan penglihatan mereka kurang dari 20 darjah yang telah diperbaiki.

4.3 Kurang Upaya Fizikal
Individu yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophydan cerebral palsy. Bagi kekurangan yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.

4.4 Kurang Upaya Intelek atau Minda
Golongan ini merupakan golongan yang mengalami masalah pembelajaran. Hal ini disebab oleh masalah mental seperti autisme, disleksia dan sebagai yang mengalami masalah pembelajaran. Berdasarkan kajian yang dijalankan Fakulti Psikologi  Universiti South Wales UK mendapati,  kanak-kanak yang mengalami autisme dan disleksia mempunyai masalah untuk mengeja dan membuat pelbagai tugasan dalam satu masalah
Golongan ini dapat membangunkan kebolehan mereka sepanjang kehidupan mereka.

4.5 Kurang Upaya Pertuturan
Individu yang mengalami masalah untuk bercakap. Pada awalnya, masalah ini berlaku disebabkan oleh dua faktor:
1)      Pembetukan kord vokal suara yang terbantu
2)      Masalah pendengaran
Pembentukan kord vokal yang terbantut  boleh menyebabkan seseorang tidak boleh menghasilkan bunyi yang sesuai untuk menyebut perkatan atau pu huruf
Masalah pendengaran atau pekak juga mampu mendorong individu ini untuk menjadi bisu. Mereka mempunyai suara untuk bercakap namun mereka tidak tahu bagaimana ingin menyebut atau cara sebutan sesuatu perkataan itu disebut. Golongan ini mampu bercakap jika mereka diajar dengan baik.




6.  KERAJAAN DAN GOLONGAN KURANG UPAYA
Malaysia terkenal dengan masyarakatnya yang majmuk. Kehidupan rakyat menjadi tumpuan kerajan untuk terus dibangunkan demi kesejahteraan masa hadapa. Gagasan Perdana Menteri Pada 2009 menjadi titik tolak kepada perubahan besar dalam negara. Semua golongan telah mendapat faedahnya.
            Sebagai contoh setiap tahun kerajaan akan memperuntukkan bajet tahunan untuk golongan Ornag Kurang Upaya membangunkan dan mengembang taraf hidup mereka. Pada 23 Oktober 2013 semasa pembentangan Bajet 2014, kerajaan memperuntukkan hampir 4 juta ringgint untuk pembangunan dan kajian untuk meningkat dan membantu taraf kehidupan orang kuran upaya.
            Selain daripada itu, dibawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat juga, banyak program yang dijalankan untuk membantu dan memberi pelindungan kepada Orang Kurang Upaya. Sebagai contoh program KAR1SMA yang dilancarkan pada Tahun 2011 telah banyak membantu golongan terpinggir seperti Orang Kurang Upaya. Ini sekaligus membuktikan bahawa kerajaan tidak pernan meminggirkan hak istimewa golongan ini.
            Sehingga tahun 2012, hampir 10 peratus peserta KAR1SMA merupakan golongan Orang Kurang Upaya dan mereka semua berjaya dalam bidang perusahaan kecil yang mereka ceburi hasil bantuan dana sokongan kerajaan yang memperuntukkanmodla sebanyak RM 5000 setiap peserta termasuk bantuan kelengkapan dan kemudahan untuk berniaga dan apa sahaja bidang yang mereka ceburi.
            Secara kesimpulannya, walaupun golongan Orang Kurang Upaya ini merupakan golongan minoriti di Malaysia, namun penglibatannya dalam komuniti tetap dititikberatkan bagi memastikan mereka mampu untuk terus seiring berjaya bersama komuniti mereka dan tidak ketinggalan dalam bersama-sama menyumbangkan tenaga dalam bidnag yang mereka minati.


 7.  KONSEP PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Antara sumbangn terbesar kerajaan dan paling  awal di Malaysia ialah, penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Ianya mula di perkenal di Malaysia pada tahun 1990. Sepanjang penubuhannya, masyarakat masa itu memberi respon yang baik terhadap fungsi dan peranan dan sehingga tahun 2001 sebanyak 243 PPDK telah ditubuhkan di seluruh negara. Dengan penglibatan sebanyak 5572 peserta. Dan sehingga 2011 sebanyak 6210 peserta telah dicatatkan.
            Konsep PDK telah perkenalkan di Mexico pada tahun 1960 di sebuah pekan kecil yang mana menamakan tempat itu sebagai Kampung Kanak-Kanak Istimewa. Fungsi dan peranannya dilahat sebagai sebuah usaha murni untuk menjaga golongan orang kurang upaya. Pada tahun 1980, World Health Organization (WHO) melihat konsep pemulihan ini menjadi satu alternatif yang baik dan pada tahun itu juga WHO menerbitkan manual panduan untuk Pemulihan Dalam Komuniti.
            ESCAP (UN Economic And Social Commisions In Asia Pacific) telah memberikan panduan dan pendefinisian sebenar “pemulihan” yang dapat menjelaskan konsep sebenar PDK. Kerana PDK merupakn pendekatan berasaskan masyarakat. Maka konsep ataupun makna utama PDK pada hari ini membawa pamulihan dengan maksud pendekatan berasakan komuniti terhadap perlindungan, pemulihan, kesaksamaan dan peluang OKU.
            Konsep ini telah diterima pakai oleh semua negara yang menjalankan PDK ini di negara mereka termasuk Malaysia. Makna komuniti dalam ini pula merujuk kepada penglibatan komuniti dalam menjadi pemudah cara dalam bentuk pekerja di PDK atau sukarelawan terbuka.
            Secara ringkasnya, PDK merupakan strategi pembangunan umum komuniti untuk pemulihan, kesaksamaan peluan dan sosial inklusif untuk semua OKU. Pusat Pemulihan Komuniti diimplimentasikan melalui gabungan usaha OKU dan komuniti sekelilingnya yang berkaitan dalam membantu dan meningkatkan taraf kehidupan mereka dan kemahiran mereka.



8.  PERANAN DAN FUNGSI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Dalam topik sebelum ini konsep PDK telah kita bincangkan. Namun persoalan timbul, apakah perana dan fungsi utama PDK ini yang mampu memberi impak dan kesan yang positif kepada peserta dan komuniti sekelilingnya?
            Umum mengetahui konsep PDK adalah pemulihan yang berasaskan komuniti seratus peratus. Maknanya, komuniti amat penting dalam semua aspek dari segi pembagunan modul dan latihan, pemantauan perkembangan OKU untuk EQ, SQ, PQ dan IQ. Makna pada hari semua, masyarakat perlu terlibat bagi memastikan objektif utama penubuhannya dapat di capai.
            Peranan utama PDK adalah menjadi tempat perlindungan kepada golongan kanak-kanak OKU. Namu apabila ianya berjaya maka PDK telah menjadi tempat untuk semua golongan OKU untuk meningkat kemahiran dan kebolehan yang ada pada diri mereka. PDK mempunyai piagam dan perlembagaan yang perlu dipatuhi oleh komuniti yang terlibat dalam program PDK ini. Setiap pekerja PDK perlu untuk memahami dan mahir dalam selok belok penjagaan dan keperluan OKU terutamanya kanak-kanak OKU.
            Selain daripada itu, PDK mempunyai modul latihan perkembangan bagi memastikan perkembangan OKU dapat dibangunkan sebaik mungkin dan dapat menjadikan OKU mempunya kemahirannya tersendiri. Antara modul latiha yang ada ialah, modul pembanguna kreativit yang hampir semua PDK menerapakan unsur kesenian dalam modul kemahiran seperti seni tari, seni nyanyian, seni musik, seni tampak dan lukian dan seni lakonan.
            Hal ini sekaligus menjadi landasan yang baik dalam mengembangkan kebolehan dan bakat golongan OKU. Hal ini kerana, seni merupakan bidang yang hampir semua manusia dapat ceburi kerana tidak melibatkan pengguan tenaga yang banyak dan memang ada dalam diri dan hanya perlu untuk dikembangkan melaui latihan dan sebagainya.

            Penekanan juga diberikan dalam aspek penjagaan dan kesalamatan OKU antara satu sama lain. Umum mengetahui golongan OKU merupaka golongan yang agresif dan gemar melakukan aktiviti yang diluar jangkaan. Maka penekanan aspek keselamatan perlu bagi memastikan keselamatan peserta lain dapat terjaga dan juga keselamatan pekerja PDK.


 9.  PENDIDIKAN ORANG KURANG UPAYA
Kepentingan sosial golongan minoriti ini juga menjadi bahan utama kerajaan dalam membantu OKU untuk terus membangun. Sama seperti orang lain, pendidikan merupkan wadah utama dalam pembangunan tamadun. Maka, pendidikan bagi golongan istimewa terus menjadi perhatian kerajaan.
            Walaupun golongan ini merupakan golongan minoriti dalam keistimewaan tetap diberikan dalam pendidikan mereka. Walaupun silibus pembelajaran sama, namun teknik pembelajaranya berbeza dengan yang pelajar normal. Bagi pelajar yang mengalami masalah penglihatan, mereka akan menggunakan kanta pembesar, kertas yang lebih besar dan mesin taip braille bagi yang buta. Peruntukkan masa dalam peperiksaan juga dipanjangkan bagi memberi ruang bagi mereka untuk menjawab soalan dengan baik.
            Di universiti pula, banyak program pendidikan yang berfokus pendidikan khas bagi melatih tenaga mahir dalam bidang pendidikan khas yang memfokuskan OKU. Sebagai contoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan program Ijazah Sarjan Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) sebagai satu langakh untuk memenuhi keperluan guru pendidikan khas di Malaysia. Ini sekaligus dapat menyelesaikan masalh guru yang tidak mahir dalam mengatasi pelajar yang berkeperluan khas.
            Dalam peruntukkan 21 peratus bajet untuk pendidikan, 5 peratus dari jumlah yang diperuntukkan adalah untuk pelakanaan modul latihan dan silibus khas serta penubuhan sekolah pendidikan khas yang lebih banyak bagi golongan OKU. Ini merupakan langkah murni kerajaan dalam menjaga hal ehwal pendidikan OKU dengan lebih baik.
Sehingga hari ini, ramai pelajar OKU berjaya mencatatkan keputusan yang sanagt cemerlang dalam semua jenis peperiksaan di Malaysia. Ini menjadi peransang kepada kerajaan untuk terus meneroka kebolehan dan kemahiran yang ada pada OKU. Maka dengan itu, kerajaan menginterpretasikan rasa bangga itu melalui program dan peruntukkan untuk OKU dalam semua aspek bagi memastikan golongan ini tidak tepinggir dalam arus kemodenan.



10.                   KOC KHAS OKU, TEKSI DAN BAS MESRA OKU
Mungkin kita pernah dengar Koc Merah Jambu untuk wanita dalam LRT dan kereta api. Apa sebenarnya fungsikos khas seperti ini? Koc Khas seperti ini memberi keutamaan bagi golongan khas untuk mendapat keselesaan dan kemudahan.
            Pada awalnya, hanya tempat duduk khas yang disediakan kepada golongan Oku namun pada hari kerajaan sedang mengkaji relevannya pelaksanaan koc khas ini. Pada tahun 2012 Datuk Sharizat Abdul Jalil telah mencadangkan usul ini di parlimen dan telah mendapat persetujuan ahli dewan lain yang bersidang pada masa itu. Usul ini telah dipanjangkan di Dewan Negara dan masih dalam proses kajian untuk memastikan relevannya pelaksanaannya.
            Antara objektif utama pelaksanaan koc khas ini, ada bagi memudahkan golongan OKU menggunakan LRT dan kereta api dengan selesa tanpa perlu bersesak-sesak ketika memasuki LRT dan kereta api. Selain itu, memberi kemudahan kepada pengguna kerusi roda untuk memasuki koc tanpa perlu memikir masalah ruang untuk kerusi roda mereka. Jika koc khas ini dilaksanakan, sekaligus ia memudahkan OKU untuk menjalani kehidupan harian tanpa memikirkan masalah untuk bersesak ketika menggunakan pengangkutan awam.
            Selain itu, pelaksanaan bas dan teksi mesra OKU perlu dilaksanakan bagi memastikan keselesaan OKU ketika mengguna dua pengangkutan awam yang penting ini. Makna mesra OKU ini ialah, mempunyai tempat khas di dalam bas untuk orang OKU sama untuk duduk atau menyimpan alatan sokongan seperti tongkat dan kerusi roda. Manakala di teksi pula, terdapat tempat untuk meletakkan kerusi roda dan sebagainya serta mempunyai pembesar suara bagi membantu orang yang mengalami masalah penglihatan bagi mengetahui nilai tambang teksi dalam meter dan destinasi. Selain itu, pemandu teksi juga perlu mahir menggunakan teknik asas bahasa isyarat bagi memudahkan komunikasi dengan OKU pendengaran dan OKU percakapan.




 11.                   KESIMPULAN
Sememangnya kerajaan komited dalam menjaga hal ehwal Orang Kurang Upaya. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memberi sumbangan kepada golongan OKU. Walaupun golongan ini merupakan golongan minoriti, namn kepentingan mereka perlu dijaga bagi memastikan mereka dapat membangun.
            Dari pendidikan hinggalah pengangkutan, bantuan kerajaan merentasi semua aspek yang sama dirasai oleh orang biasa bagi memastikan mereka dapat berjaya seiring dengan tuntutan negara pada hari. Kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk mereka dikenali, dilindungi dan disayangi oleh masyarakat.
            Kerajaan banyak menginterpretasikan keprihatinan mereka melalui bentuk sokongan dana dalam perniagaan, bantuan dalam pendidikan dan pelindungan seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Keprihatinan kerajaan ini disokong oleh rakyat yang turut sama menjaga keperluan dan kehendak OKU ini.
            Tuntaslah bahawa, kerajaan sememangnya komited dalam memastikan kebajikan OKU sentiasa terjaga walau dengan apa cara sekalipun. Ini bagi memastik mereka turut menbangun seiring kepesatan pembangunan negara dan agar mereka tidak terpinggir. Maka itu dalam penulisan ilmiah ini telah dijelaskan bahawa kerajaan merupakan kunci dalam memastikan setiap kebajikan OKU ini dapat terjaga, terjamin dan terlindung.


Bibliografi

Adam, A. (2005). Malaysian Disabilities . Kuala Lumpur: Palgrave Macmilin.
Ahmad, Y. (Director). (2010). Talentime [Motion Picture].
Benjamin, L. (2013). Introduction Psychology. USA: McGraww Hill.
Hussain, M. K. (2007, August 26). Jenis-Jenis OKU . Retrieved October 2, 2013, from Jabatan Perkhidmatan Awam: http://www.jpa.gov.my
Kuno, K. (2009). Definition Of Rehablitation. Comunity Based Rehabilitation , 7-8.
Kuno, K. (2007). Does Comunity Based Rehabilitation Really Work? Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia.
Matlin, M. W. (2012). The Psychology Of Women and Disabled. USA: Wadsworth Cengage Learning.
Pamela Paxton, M. M. (2007). Disablities : A Global Perspective. California: Pine Forge Press.
Razi, S. S. (2011). Sumbangan Kerajaan. Kuala Lumpur: Berita Harian.
Santrock, J. W. (2013). Life-Span Development. USA: McGraw Hill.
Teks UcapanBajet 2014. (2013, Oktober 23). Retrieved Oktober 25, 2013, from Berita Harian: http://bharian.com.my/bajet_2014




            

1 comment: