1.Pengenalan
Penderaan merupakan satu bentuk seksaan yang sangat memberi impak
kepada mangsa. Lebih kejam lagi, kebanyakan mangsa merupakan golongan
kanak-kanak. Dalam hal ini kanak-kanak merujuk kepada “... individu yang
berusia 1 tahun hingga 14 tahun. Golongan merupakan golongan yang lemah dan
sukar untuk mempertahankan diri...” (Santrock,J.W, Life-Span Development:
2013). Semakin hari masalah ini menjadi
satu isu yang sangat kritikal seolah-olah pelakunya tiada hati perut apabila
melakukan hal tersebut.
Penderaan ini mampu memberi kesan dalam pelbagai aspek antaranya “...emosi,
fizikal dan mental seseorang apabila berdepan dan telah melalui masalah ini...”
(Kuno,Kenji, Does Community Based Rehabilitation Really Work?: 2007).
Hasil kajian yang dijalankan oleh Universiti South Wales UK pada
tahun 2009 dibawah Fakulti Sains Sosial menunjukkan bahawa:
”... 3 daripada
10 mangsa penderaan dapat hidup kembali dan menjalani kehidupan harian seperti
biasa. 4 daripadanya memerlukan sokongan untuk terus hidup manakala 3
daripadanya tidak dapat menjalani kehidupan mereka kerana mengalami tahap
trauma yang sangat teruk...”(Lydon,J, Research On Physical Abuse People:2009).
Penderaan ini harus dilihat sebagai satu isu yang wajar ditekan
untuk diambil tindakan dan diletakkan satu akta hukuman khas bagi pelaku. Hal
ini bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dapat di jaga. Selain itu, ini juga
dapat menjadikan pelaku dapat belajar dari kesilapan. Selain itu masyarakat harus dididik untuk
sentiasa menjaga ketenteraman bersama.
Dalam menangani isu berat ini maka, kita perlu untuk melakukan
anjakan dalam pelbagai aspek bagi mestikan tiada mangsa dan pemangsa yang mampu
mengundang masalah kepasa masyarakat. Anjakan ini hendaklah bermula dari
pendidikan, media massa dan anjakan masyarakat sendiri. Sekaligus dapat memberi
penurunan kepada statistik penderaan kanak-kanak pada masa kini sekaligus sifar
pada masa hadapan.
2.Definisi Penderaan dan Kanak-Kanak
Penderaan secara umum merujuk kepada “...seksaan terhadap
seseorang yang tidak mampu melawan dengan menggunakan objek sama ada berbahaya
atau tidak...” (Piaget,John, Children Abuse:2000) namun boleh mendatangkan
kecederaan atau menggunakan bahagian tubuh pemangsa sendiri. Hal ini “...melibatkan
sentuhan antara pemangsa dan mangsa dalam keadaan terpaksa...”
(Erickson,Erick, Child Development Problem : 1995).
Menurut “John
Piaget, kanak-kanak dalam konteks ini didefinisikan sebagai golongan yang
berumur dari 1 tahun hingga 14 tahun yang mana merupakan golongan peralihan
dari peringkat mengenali iaitu sensorimotor ke peringkat operasional yang lebih
kompleks” (Santrock, J. W, Life Span Development: 2013). Sekaligus diskusi ini
akan melihat kepada penderaan yang dialami oleh kanak-kanak dalam lingkungan
umur ini.
3.Jenis-Jenis Penderaan
Pendefinisian penderaan akan berubah mengikut jenis penderaan yang
dilakukan. Berikut merupakan jenis penderaan yang kerap berlaku.
3.1 Penderaan Seksual
Penderaan seksual melibatkan pengunaan bahan seperti benda tumpul
atau menggunakan alat sulit pemangsa sendiri. Jenis penderaan ini melibatkan
sentuhan pada alat sulit mangsa. Kebiasaan pemangsa akan menggunakan alat
tumpul seperti timun, terung dan sebagainya yang menyerupai bentuk alat sulit.
3.2 Penderaan Fizikal
Penderaan fizikal ini melibatkan “...sentuhan pada badan mangsa
dengan menggunakan tangan,objek keras atau objek panas dengan kekerasan tanpa
kerelaan mangsa...” (Vygotsky,Lev, Charactheristic Of Vygotsky Theories,
2003) . Kesan penderaan ini mampu memberi kesan pada tubuh badan mangsa dalam
bentuk lebam atau kemerah-merahan. Kesan “...penderaan ini memberi kesan yang
sangat mendalam sehingga mampu memberi kesan trauma yang teruk kepada
kanak-kanak...” (Santrock, J.W, Life-Span Development, 2013).
3.3 Penderaan Emosi
Penderaan emosi
melibatkkan permainan emosi yang boleh meninggalkan kesan negatif yang
melibatkan perubahan emosi yang drastik. Mainan emosi ini dapat menjadi
individu yang didera akan menjadi nakal atau malu untuk bersosial kerana takut
untuk bermain emosi.
3.4 Pengabaian
Pengabaian
merupakan sejenis penderaan yang melibatkan emosi yang yang hampir sama dengan
penderaan emosi. Mekasnime penderaan ini berlaku apabila “...individu yang
diabaikan ini keperluan kasih sayang mereka tidak dipenuhi oleh ibu bapa mereka...”
(Lee,Janet & Shaw,Susan M., Women Voices & Feminist Visions: Classics
and Contemporary Readings). Apabila hal ini berlaku, mereka akan lebih suka
untuk berada didunia mereka sendiri dan menghabiskan masa mereka dengan
rakan-rakan dan melakukan aktiviti yang tak berfaedah. Hal ini kerana mereka
memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan mereka. Namun apa bila tiada tempat,
maka mereka bakal mencari tempat atau aktiviti yang sesuai untuk meluahkan
perasaan mereka.
4.Faktor-Faktor Berlakunya Penderaan
Penderaan ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Hari
ini banyak desakan dan pengaruh luar yang menindas individu untuk bertindak tanpa
memikirkan sebab akibat sesuatu perkara itu berlaku.
4.1 Tekanan Kerja Ibu Bapa
Umum mengetahui bahawa ibu bapa merupakan orang yang paling dekat
dengan anak-anak. Pada hari ini tuntutan kerja ibu bapa banyak memberi tekanan.
Ada ibu bapa yang perlu berkerja lebih masa untuk mendapatkan pendapatan lebih
bagi menampung keluarga. Ibu bapa pada hari akan cuba melepaskan tekanan di
rumah dengan cara bergaduh sesama sendiri sehingga mencederakan anak-anak
mereka sendiri. Ini menjadi satu faktor dominan apabila ibu bapa mempunyai
pekerjaan profesional yang tidak mampu mengurus stress dengan baik.
Hal ini telah dijelaskan oleh
Brian Corby dalam buku beliau, Child Abuse: Towards A Knowledge Base
1993 :
“Budaya kerja
yang terlalu menekan ibu bapa akan meyebabkan ibu bapa bertindak agresif dalam
memastikan emosi mereka stabil. Ibu bapa akan menjadikan anak sebagai beg
penumbuk untuk melepaskan rasa kecewa dan tekanan kerana bagi mereka anak-anak
seolah tidak membantu untuk meredahkan raa tekanan malah menambah masalah
dengan karena mereka yang pelbagai” (Corby,Brian, Child Abuse: Towards A
Knowledge Base : 1993)
4.2 Masalah Rumah Tangga
Konteks masalah rumah tangga adalah pergolakan ibu bapa yang
membawa kepada penceraian. Hal ini memberi kesan kepada perkembangan
kanak-kanak kerana pengabaian yang boleh menyebabkan ganguan emosi.
Menurut Lev Vygotsky dalam buku Life Span-Development karya John W.
Santrock 2013:
“Kanak-kanak
akan mudah membangunkan emosi dengan bimbingan ibu bapa yang dilihat melalui
apa yang mereka alami. Maka jika ibu bapa menunjukkan pergolakkan dalam rumah
tangga, maka anak-anak ini akan membuat persepsi bahawa mereka diabaikan kerana
masalah ibu bapa mereka dan mula menyendiri dan murung” (Santrock, J.W, Life Span
Development : 2013).
Berdasarkan teori Vygotsky jelas menunjukkan bahawa masalah ibu
bapa mampu memberi impak dalam penjagaan dan perkembangan emosi kanak-kanak.
Hal ini kerana, persekitaran mampu memberi kesan kepada emosi kanak-kanak.
5.Kesan Penderaan
Penderaan ini mampu memberi banyak dalam pelbagai aspek terutamanya
dalam apek pembangunan emosi dan interaksi antara satu sama lain.
5.1 Masalah Pembangunan
Emosi
Apabila masalah berlaku kepada kanak-kanak, maka pembangunan emosi
kanak-kanak akan terbantut. Makna terbantut dalam konsep ini adalah kanak-kanak
tidak mampu untuk mewujudkan rasa empati dan simpati dalam diri mereka kerana.
Hal ini sekaligus menyebabkan timbulnya rasa dendam dalam diri mereka. Semua
disebabkan masalah untuk mewujudkan rasa empati dan simpati. Sehingga “...kebanyakkan
kanak-kanak yang sering dianiaya atau didera akan lebih cenderung mendera anak
mereka sendiri apabila sudah mempunyai keluasrga...”(Santrock, J.W, Early
Childhood Emotional Development: 2013)
5.2 Masalah Interaksi
Kes dera ini juga akan menyebabkan kanak-kanak ini rasa takut dan
terasing. Rasa takut ini menyebabkan mereka lebih cenderung untuk merahsiakan
masalah mereka kepada orang lain kerana rasa takut dengan ugutan yang dilakukan
oleh pendera. “Perasaan takut ini mendorong mereka untuk rasa takut mula
untuk mengasingkan diri mereka dari orang lain” (Corby, Brian, Child Abuse:
Towards A Base Knowledge: 98-99 : 1993) . Masalah ini mewujudkan masalah
interaksi untuk menyelesaikan masalah mereka.
6.Peranan Masyarakat
Dalam konteks penderaan ini, masyarakat perlu untuk melibatkan diri
dalam memastika kes penderaan ini dapat dikurangkan. Sentimen masyarakat harus
diubah dalam hal melibatkan diri ini bagi memastikan kes ini dapat di bendung.
Penglibatan ini melibatkan, perlindungan kepada kanak-kanak yang didera,
didikan kepada ibu bapa dan yang paling penting didikan terhadapa ibu bapa
dalam memastikan mereka tidak menjadikan anak-anak mereka sebagai tempat untuk
melampiaskan rasa marah atau kekecewaan mereka.
Menurut Brian
Corby dalam satu topik dalam buku beliau iaitu Research On Child Protection
Pratice dalam karya beliau Child Abuse:
“Masyarakat tidak sepatutnya meminggirkan
kanak-kanak yang didera namun perlu untuk mereka membawa kanak-kanak ini
kedalam komuniti untuk dibimbing dan dididik bagi memastika mereka dapat
menghadapi kehidupan mereka seperti biasa” (Corby, Brian, Research On Child
Protection Practice, Child Abuse: 144-145:1993).
Justeru pada hari masyarakat perlu untuk melibatkan diri dalam
menangani isu sosial seperti ini bagi memastikan nasib kanak-kanak ini terbela
dalam semua aspek terutamanya aspek pembangunan diri mereka.
7.Kesimpulan
Secara keseluruhannya, penderaan ini perlu untuk kita lihat sebagai
satu isu yang kritikal bagi memastikan setiap kanak-kanak yang didera dapat
diselamatkan dan sekaligus dapat mengelakkan masalah seperti ini dapat
dikurangkan. Melihat kehendak negara pada hari ini yang memerlukan pemimpina
masa hadapan yang berkualiti maka, nasib kanak-kanak dan remaja perlu untuk
dibela sekaligus memastikan mereka dapat membesar dengan baik dan sempurna.
Selain itu,
masyarakat perlu kenal erti sebenar penderaan bagi memastikan kita dapat mewujudkan
rasa simpati sekaligus dapat bersama-sama melindungi hak kanak-kanak daripada
terus dicabul oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan. Maka jelaslah bahawa
kita perlu memandang serius masalah ini agar kita dapat sama-sama membendung,
mengelakkan, mengurangkan sekaligus memastikan isu ini dapat di selesaikan
secara keseluruhannya tanpa sebarang kompromi.
8.Bibliografi
Benjamin, L. (2013). Introduction
psychology. USA: McGraww Hill.
Corby, B. (1993). Child abuse : towards a base knowledge.
Buckingham: Open University Press.
Croby, B.
(1993). Research On Child Protection Practice. Dalam B. Corby, Child abuse:
towards a base knowledge (hlm. 144-145). Buckingham: Open University Press.
Erickson, E. (2003). Children Development Problem. USA: Mcgraww
Hill.
Kuno, K.
(2007). Does comunity based rehabilitation really work? Kuala Lumpur:
Institut Sosial Malaysia.
Lee, S. M.
(2011). Women voices & feminist vision : classics and contemporary
readings. USA: McGraww Hill.
Lydon, J. (2005). Research on physical of abused people. Dalam J. Lydon, How
child were abuse (hlm. 17). Wales: University Of South Wales UK
Publication.
Piaget, J.
(2000). Children abuse. USA: MgGraww Hill.
Prescott, J. W.
(1997, March 21). Children abuse. Didapatkan October 23, 2013, daripada
Violence: http://www.violence.de/prescott/hustler-new/article.html
Santrock, J. W.
(2013). Life-span development. USA: McGraw Hill.
Vygotsky, L. (2003). Lev vygotsky theories. USA: McGraww Hill.
No comments:
Post a Comment