Translate My Story to Understand it More

Tuesday 14 January 2014

Kampung Ku Nun Jauh di Sabah...

Alhamdulillah, dengan berakhirnya exam aku Isnin lalu...
Semester 1 pun dah habis...
Jadi masanya untuk berkemas dan balik kampung...
Menjadi anak jati sabah yang sebenarnya berdarah kacukan Bugis dan Iban sememangnya agak sulit bagi aku untuk terus berjauhan dengan keluarga dan warga kampung...

Jujur, aku membesar dalam komuniti masyrakat kampung dan estet membuatkan aku lebih faham dan sebenarnya lebih terpanggil dalam menjawab pembelaa hak sesama masyarakat...
Bukan nak mengaut populariti namun itu hakikatnya bila anda lahir dan membesar dalam kelompok masyarakat kelas pertengahan...

Aku bangga dengan kampung ku sendiri. Sebab itu aku rindu betul dengan Sabah amnya dan Beluran khasnya...
Disitulah tempat aku menuntut ilmu awal sebelum mengorak langkah lebih jauh lagi...

Beluran merupak kawasan yang terletak dalam Bahagian Sandakan. merupak sebuah kawasan yang luas dan kaya dengan kawasan perladangan. Its very awesome...
Rumah ku jak dikelilingi dengan pokok kelapa sawit dan kawasan hutan...
Its very peaceful there... Aku sangat merindui kehijaun dan keindahan..

Terus terang sampai ke hari ini kawasan rumah aku belum menerima sebarang utiliti seperti elektrik dan air...
Hanya bergantung kepada air sungai dan genset semata-mata..
Namun aku tidak pernah kesal dengan hal itu, sebab keindihan malam dapat ku hayati dengan cahaya lilin disamping keluarga yang tercinta dan ku sayangi...

Pernah juga aku merungut, kenapa elektrik tiada...
Namun setelah melonjak dewasa, aku dah tahu maksudnya semua...
Mungkin bukan rezeki lagi..
Namun aku tetap bersyukur...
Semasa graduasi tingkatan 5

Sememangnya aku tidak sabar untuk kembali ke Sabah..
InsyaAllah dalam minggu ini aku akan terbang bersama Air Asia untuk bertemu keluarga yang telah 4 bulan terpisah...
inilah waktu yang paling lama aku tak bertemu Mak dan Ayah..
Mak dan Ayah sumber Inspirasiku..
Demi segulung Ijazah, inilah pengorbananku..

My Beloved Hero and My Royal

My Beloved Honey and Lovely Queen of My Heart



Salah Satu Halaman Hadapan Rumah


Tempat aku beradu.. :)

                                           
My Beloved Son.. Miss Them So Much

Pasar Minggu Di Beluran.. I miss this Place...


Much Love..
Mf715
xOxO
-Wes-

Monday 13 January 2014

Exam Is Over

Alhamdulillah....
Exam semester 1 di UPSI dah habis..
Maknanya tinggal 7 semester lagi..hehehe


Semester ini aku ambil 8 subjek bersamaan 17 jam kredit...
Apa yang aku ambil???
Kursus wajib Universiti,
TITAS, Kenegaraan, Wacana Akademik..
Subjek nie wajib diambil oleh semua mahasiswa..

Selain itu kami dikehendaki memilih subjek yang disukai...
So aku ambil Bahasa Sepanyol, Asas Kewartawanan dan Debat Bahasa Melayu (Kelas Ko-Kurikulum)..

Subjek Program  iaitu Ijazah Sarjana Muda Psikologi aku ambil "Introduction Psychology" dan "Developmental Psychology"...

Dan alhamdulillah Allah dah bagi kesihatan untuk terus kuat meneruskan perjuangan disini...
AWESOME kan...
Hahah...
Dan tepat 9.00 pagi 31 Disember 2013 yang lalu aku mula exam...
dan pada hari ini tepat 3.45 petang 13 Januari 2014 aku HABIS EXAMMM yeay...

Macam baru jak kami angkat ikrar sebagai anak kandung sulu budiman bulan September 2013 yang lalu...
Tapi dah habis exam.. Waooow cepat sekali masa berlalu...hihi
Dewan tempat aku Exam... Lagi ada 6 sem untuk Exam disini.. Sem 7 tak kira sebab LI...

Tapi, aku mungkin takkan "survive" tanpa kawan-kawan yang banyak menyokong dan memberi semangat.. 
Mereka merupakan sumber inspirasi aku.. sayang mereka sayang...
Jadi saya tak kisah dengan keputusan, sebab kawan-kawan aku banyak sokongan.. itu lebih berharga betul...

Thats All from me...
XoXoXo
mf715-wes



Sunday 5 January 2014

Hello 2014, Good Bye 2013

2014 telah mengetuk pintu kehidupan ku....
Hellooooo...
Wawww... Tak sangka 2014 dan aku pun dalam pengiraan untuk mencukupi 20 tahun... yeay...
Akhirnya aku bukan belasan dah masuk zaman 20-an.. yeay

Walaupun lambat update pasal tahun baru nie...
Tapi tapi masih lagi dalam kehangatan 2014.. yeaaaayyyyy

So my new year resolution adalah untuk terus sukses dalam pelbagai bidang yang aku ceburi.
Haha..
Paling best, awal tahun 2014 aku disajikan dengan peperiksaan akhir semester 1 di UPSI dalam program Ijazah Sarjan Muda Psikologi.
Sesungguhnya tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan buat aku kerana dalam 2013 ada tiga moment bersejarah yang pernah aku alami..

1) Aku tamat belajar dari Kolej Matrikulasi KPM...
Matriculation level was a very short journey for me and it is very hard.. OH MY GOD....
Walaupun hanya tamat dengan pointer yang tak seberapa nak "awesome" tapi Alhamdulillah "LULUS DAN DIPERTIMBANGKAN KE IPT"... hahahaha

Classmate Masa kat Matrik

Our Lab Session Kat Matrik
                                                                          

2) Aku dipelawa untuk jadi "GURU GANTI"...
Hahah..so funny and it was a nice experience... TERBAEEKKKK... yang paling awesome lagi, aku jadi guru BAHASA INGGERIS... hahahah... Baguslah pengalaman yang baik untuk aku menhargai kehidupan seorang guru.. I love my teacher

Hari Guru: Zaman aku menjadi guru ganti

3) Aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran di "UPSI"...
Alhamsulillah pointer cukup-cukup makan tu membuatkan aku dapat tempat di UPSI... bukan jadi cikgu taw.. aku merupakan bakal Pakar Psikologi...hahahaha...Selain itu aku juga dikurniakan dengan sahabat-sahabat yang awesome dan terbaeeeekkk.. sayang mereka sangat...

Rakan seprogram Psikologi di UPSI

Selain keluarga psikologi, Allah juga pertemukan dengan keluarga debat yang sangat awesome. Bersama-sama kami menaruh harapan untuk terus berjaya dalam bidang orator. Sesungguhnya orator ini merupakan hidup dan mati kami. Hihih sayang mereka sangat-sangat.

Team Debat Kolej Ungku Omar UPSI

Rakan Seperjuangan Debat Mewakili UPSI

Rakan Seperjuangan Debat

Keluarga Debat UPSI



Inilah tiga MOMENT yang paling besar terjadi dalam hidup seorang hamba kerdil seperti aku... hihihi.. Semua moment ini menjadi satu kenangan manis sepanjang perjalanan mencari ilmu ditahun 2013. Awesome.. Semoga Allah terus menjaga hubungan kami.. Sayang kalian...

much love from me
mf715--> XoXo
Wes