Translate My Story to Understand it More

Tuesday 14 January 2014

Kampung Ku Nun Jauh di Sabah...

Alhamdulillah, dengan berakhirnya exam aku Isnin lalu...
Semester 1 pun dah habis...
Jadi masanya untuk berkemas dan balik kampung...
Menjadi anak jati sabah yang sebenarnya berdarah kacukan Bugis dan Iban sememangnya agak sulit bagi aku untuk terus berjauhan dengan keluarga dan warga kampung...

Jujur, aku membesar dalam komuniti masyrakat kampung dan estet membuatkan aku lebih faham dan sebenarnya lebih terpanggil dalam menjawab pembelaa hak sesama masyarakat...
Bukan nak mengaut populariti namun itu hakikatnya bila anda lahir dan membesar dalam kelompok masyarakat kelas pertengahan...

Aku bangga dengan kampung ku sendiri. Sebab itu aku rindu betul dengan Sabah amnya dan Beluran khasnya...
Disitulah tempat aku menuntut ilmu awal sebelum mengorak langkah lebih jauh lagi...

Beluran merupak kawasan yang terletak dalam Bahagian Sandakan. merupak sebuah kawasan yang luas dan kaya dengan kawasan perladangan. Its very awesome...
Rumah ku jak dikelilingi dengan pokok kelapa sawit dan kawasan hutan...
Its very peaceful there... Aku sangat merindui kehijaun dan keindahan..

Terus terang sampai ke hari ini kawasan rumah aku belum menerima sebarang utiliti seperti elektrik dan air...
Hanya bergantung kepada air sungai dan genset semata-mata..
Namun aku tidak pernah kesal dengan hal itu, sebab keindihan malam dapat ku hayati dengan cahaya lilin disamping keluarga yang tercinta dan ku sayangi...

Pernah juga aku merungut, kenapa elektrik tiada...
Namun setelah melonjak dewasa, aku dah tahu maksudnya semua...
Mungkin bukan rezeki lagi..
Namun aku tetap bersyukur...
Semasa graduasi tingkatan 5

Sememangnya aku tidak sabar untuk kembali ke Sabah..
InsyaAllah dalam minggu ini aku akan terbang bersama Air Asia untuk bertemu keluarga yang telah 4 bulan terpisah...
inilah waktu yang paling lama aku tak bertemu Mak dan Ayah..
Mak dan Ayah sumber Inspirasiku..
Demi segulung Ijazah, inilah pengorbananku..

My Beloved Hero and My Royal

My Beloved Honey and Lovely Queen of My Heart



Salah Satu Halaman Hadapan Rumah


Tempat aku beradu.. :)

                                           
My Beloved Son.. Miss Them So Much

Pasar Minggu Di Beluran.. I miss this Place...


Much Love..
Mf715
xOxO
-Wes-

No comments:

Post a Comment