Translate My Story to Understand it More

Saturday 27 April 2013

Politik: Dari Kaca Mata Anak Muda

Assalamualaikum..

Apa khabar viewer blog Wes.. Ohay kalau boleh jangan lupa follow taw blog nie..

Nampaknya, entry pasal exam mendapat view terbanyak setakat nie.. Jadi Wes kelaskan entry tu sebagai "HOT" entry...terima kasih..

Entry kali ni pun mungkin agak hot juga.. Baca Tajuk jew dah hangat...
Hello, anak muda mcam Wes pun tak nak terlepas dari mengetahui keputusan Pilihanraya Umum (PRU)..ehhe

Kami pun ada view kami sendiri dalam politik nie taw.. Hello jangan nak bodohkan kami... kami nie Belajar okay...

Okay back to main topic..

Dalam setiap 5 tahun negara kita akan menjalani PRU untuk memilih kerajaan based on suara rakyat..
Tapi akan ada Pilihanraya Kecil diadakan  dikawasan tertentu untuk menggantikan wakil yang lama mengikut  seba-sebab tertentu..

Okay... PRU mesti diadakan dalam tempoh 30 hari selepas pembubaran Parlimen.. tapi pembubaran parlimen ini mesti mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agung Malaysia...
And bila dah bubar... Barulah Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan tugas.. (maafkan wes kalau info ni slah okay)..

Tapi ini bukan isi yang penting taw..

Okay yang Wes pelik adalah..Okay kalau Malaysia betul-betul demokrasi, Kenapa, lepas Pembubaran Parlimen, Media Massa seolah-olah di kawal oleh satu pihak jak.. Kan parlimen dah bubar, jadi maksudnya,  kerajaan yang rasmi pun belum ada lagi kan.. Jadi kenapa di media massa hanya ada satu pihak jak yang asyik menunjukkan dirinya untuk di pilih?? Cuba Explain sikit??

Kalau betul-betul negara kita benar-benar mengamalkan Demokrasi, kenapa pihak bertanding yang lain tak diberi peluang untuk meyerlahkan wajah-wajah mereka di Media Masaa.. Yang ada adalah, tajuk-taju yang memburukkan orang lain..HMMM

Seterusnya, Kalau benar-benar kita memperjuangkan agama, kenapa kita perlu memburukkan orang lain?
Hello kalau boleh pleaselah jangan buat cerita yang memburukkan lawan anda..

Okay cuba kita Imbas Zaman Kepimpinan Khulafak Ar-Rasyiddin..Apabila Saidina Umar dan Saidina Uthman ingin dijadikan Khalifa..
Mereka pun amalkan sistem demokrasi juga,,tapi adakah mereka meburukkan antara satu sama lain..Tiada okay..
Itu zaman dahulu..mereka lagi bijak..
Kita nie hidup zaman melinium tapi berfikiran lai teruk dari orang zaman dahulu..
Kalau perjuangan tu tak seberapa nak bagus, jangan nak jadi Islam sebagai modal nak menang undi..
Jadikan Islam sebagai panduan, dan Amalkan Islam barulah undi tu berkat..Jadi memerintah pun lama..

Okay lepas tu, kalau rasa macam akan kehilangan undi, jangan buat cerita yang pelik untuk jatuhkan maruah orang lain.. Sanggup bayar beribu-ribu dengan orang lain untuk jatuhkan orang tertentu..
 Hello mungkin at the first stage you akan menang tapi effectnya korang akan tengok beberapa tahun kemudian..
"Apa yang anda tanam sekarang, hasilnya kan korang dapat 10 tahun kemudian."

Dalam hal memilih pemimpin ni pun penting juga. Kalau boleh, pilihlah pemimpin yang boleh pimpin Dirinya dulu, Keluarganya  dan barulah Masyarakat. kalau pimpin keluarga pun fail.. Apa barang.. Mesti fail juga kan pimpin kita nanti..

Bukan nak menghinalah.. tapi Wes mahu tanya, "Berapa ramai pemimpin di Malaysia ni yang Islam, Isteri dan Anak perempuannya yang menutup aurat dengan sempurna??"..Pertanyaan nie.. Hello ni adalah aspek pimpinan kepada keluarga okay.. Aku pelik lah, Yang suami nampak macam alim sangat memperjuangkan agama tapi isteri tak tutup aurat dengan betul..haish..pelik benar aku tengok lah...apa sudah mahu jadi...

Wes risau juga, rasanya Perlembagaan yang mengatakan " Islam sebagai agama rasmi dan agama lain boleh di praktikkan" tak relevan dah lah..harusnya dipisahkan dan di tukar mcam nie "Islam wajib dipraktikkan bagi yang Islam"..barulah..Bha wakil yang bertanding..berani kamu buat??...

Hukum Hudud. Di kolej nie ada kawan Wes yang bukan Islam tanya, "Kenapa hukum hudud tak dipraktikkan di Malaysia, Kan negara kita negara Islam"..Terkedu juga nak menjawabnya..
Rasa betul juga. Okay perlembagaan dah menetapakan Islam sebagai agama rasmi, tapi Kenapa hudud tak buat, mahu juga hukuman sivil.. Hello Wes nak tekankan disini ya.. Pada sesiapa yang cakap Hukum Hudud tak relevan dengan zaman sekarang, Korang periksa balik korang tu siapa, Hukum Hudud ni  perintah Allah.. Jadi korang anggap perintah Allah tak releven lah ni kan"... Fikir-fikir kan balik..jangan pandai-pandai cakap tak releven..Aku sepak korang...Jangan mempersendakan agama okay..

Lagi satu, Buat bakal pemimpin yang nak menang PRU tu, suruh dulu Isteri dan anak perempuan kamu tu tutup aurat,..And Kalau belum seru, cuba nasihat sikit, "Arahan menutup aurat tu Perintah Allah SWT" bukan perintah orang lain...

Buat Wakil-wakil rakyat yang bertanding, Manifesto, manifesto juga, Tapi kalau masuk waktu jangan lupa solat.. barulah berkat PRU nanti...kepada yang mengundi tu buat Istikarah dulu..mnta petunjuk siapa yang patut anda pilih...belum terlambat lagi...

Kepada Wakil rakyat yang menang tu, Tunaikan semua janji anda, jangan cakap jak lebih tapi, last last takda apa-apa yang jadi..

Kepada yang bakal kalah, terima lah seadanya, jangan nak mengada-ngada rancang Plan B nak jatuhkan orang yang menang..

Tak Kira lah, Kerajaan kah Pembangkang, Kalau di parlimen tu duduk sama-sama bincang bagus jangan mahu bergaduh je..Jangan sampai kami yang jadi mangsa.. bak kata pepatah.. "Gajah sama gajah bergaduh, Pelanduk tengah-tengah mati"..hmmmm Bersama-samalah kamu berkerja berganding bahu, memajukan negara..

Fungsi kerajaan dan pembangkang adalah untuk berbincang sebab kadang-kadang pendapat orang lain pun penting itulah ada pembangkang untuk bangkang supaya yang mencadang boleh buat pembaharuan okay..

Itu je dari Wes.. Selamat Menempuhi PRU 13 2013..,Kemenangan akan berpihak kepada pihak yang benar..

*Wes minta maaf kalau Fakta pasal PRU tu salah okay...Tolong perbaiki okay...Kalau ada yang terasa..minta maaf sebab mungkin betul jadi, baikilah diri okay..

Thats All From Me XoXoXo--Mf715- (suaraorangmuda)





No comments:

Post a Comment