1. PENGENALAN
Orang Kurang
Upaya (OKU) merupakan antara golongan minoriti yang ada di Malaysia dan
kehadirannya menjadi tumpuan pelbagai pihak untuk membantu golongan minoriti
ini.
Kerajaan
sedar akan kepentingan untuk menjaga kebajikan masyarakat ini agar mereka juga dapat
sama-sama menikmati kemakmuran negara Malaysia. Antara langkah kerajaan adalah
memperkenalkan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Ini sekaligus memberi peluang
dan ruang masayrakat minoriti ini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan
perlindungan.
‘Orang
Kurang Upaya di Malaysia juga telah mebuat tuntutan terhadap kedudukan mereka
dalam hak asasi rakyat Malaysia. Mereka membantah bahawa mereka tidak
sepatutnya di kecualikan daripada pembangunan ekonomi yang membawa Malaysia
kearah sebuah negara industri baharu dan sudah tiba masanya kerajaan mengambil
kira pandangan dan pendapat Orang Kurang Upaya ini dalam implementasi dan
perancangan nasional’.(Dipetik,Diterjemah dan Diubahsuai daripada ‘Disabled
People: Citizenship & Social Work: The Malaysian Experience)
Hasil
dalam tuntutan mereka itu, mereka berjaya mendapat tempat dalam pelbagai bidang
di Malaysia ini. Walaupun mereka merupkan golongan minoriti yang seharusnya
mendapat tempat dalam semua aspek dang bidang agar mereka tak ketinggalan dalam
arus pembangunan negara. Keperluan mereka juga merupakan salah satu kepentingan
untuk kerajaan bawa di parlimen supaya kehidupan mereka terjamin sekaligus
menjadikan mereka golongan yang harus di jaga.
2. ISTILAH
KHUSUS
PDK Pemulihan Dalam Komuniti
CC Charity Care
CCO Charity Care Organisation
EC Enabling Care
MCD Malaysian Confenderation of the
Disabled
MCR Malaysian Council for
Rehabilitation
NSWC National Social Welfare Council
Orang Kurang
Upaya -Terma yang merujuk kepada orang
yang mempunyai masalah
dan kekurangan.
3. GOLONGAN
KURANG UPAYA
Kurang upaya ini
boleh didefinisikan sebagai orang yang mempunyai masalah dalam beberapa aspek
iaitu, pergerakan, fikiran, dan tubuh badan. Golongan ini merupakan golongan minoriti
di Malaysia. Golongan merupakan golongan yang cacat dan sangat menyukar mereka
untuk melakukan aktiviti harian mereka seperti orang normal.
Golongan ini
memerlukan perhatian masyarakat agar mereka mendapat perhatian agar nasib
mereka terbela. “Golongan kurang upaya ini sering disisihkan dari masyarakat
dalam pelbagai bidang sosial yang penting seperti pelajaran, pekerjaan,
kehidupan berkeluarga, penyertaan dalam politik, dan juga kemudahan kepada
fasiliti seperti kenderaan, rumah,informasi dan sebagainya” (Dipetik,
Diubahsuai dan Diterjemah dari , Disability: A life Course Approach, Mark
Priestly, 2003:12).
4. JENIS-JENIS
ORANG KURANG UPAYA
Orang kurang
upaya ini dapat dikalsifikasikan berdasarkan jenis masalah yang mereka alami.
- Kurang
Upaya Pendengaran
- Kurang
Upaya Penglihatan
- Kurang
Upaya Fizikal
- Masalah
Pembelajaran
- Kurang
Upaya Pertuturan
4.1
Kurang Upaya Pendengaran
Individu
yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa
menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung
walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang
boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:
Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)
4.2 Kurang Upaya Penglihatan
Individu yang mengalami penglihaatan yang
terhad padasebelah atau kedua belah matanya. Mereka memerlukan alatan sokongan
untuk mengatasi masalah ini seperti menggunakan kanta pembesar dan alat bantu
menglihat yang lain. OKU penglihatan ini boleh dikelaskan kepada beberapa
kelas. Antaranya:
Buta
Penglihatan yang mana merekod 3/60 dari
penglihatan biasa walaupun menggunakan alat bantuan penglihatan. Dan biasanya
mereka merupakan golongan yang seratus peratus tidak melihat dengan baik. Medan
penglihatan biasanya kurang daripada 10 darjah daripada yang telah diperbaiki
Penglihatan Terhad
Penglihatan lebih teruk
daripada 6/18 namun sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dengan bantuan
penglihatan. Biasanya medan penglihatan mereka kurang dari 20 darjah yang telah
diperbaiki.
4.3 Kurang Upaya Fizikal
Individu yang
mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak
mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan
anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan
keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung
tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophydan cerebral palsy. Bagi kekurangan yang
tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih
dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai
kurang upaya fizikal.
4.4 Kurang
Upaya Intelek atau Minda
Golongan
ini merupakan golongan yang mengalami masalah pembelajaran. Hal ini disebab
oleh masalah mental seperti autisme, disleksia dan sebagai yang mengalami
masalah pembelajaran. Berdasarkan kajian yang dijalankan Fakulti Psikologi Universiti South Wales UK mendapati, kanak-kanak yang mengalami autisme dan
disleksia mempunyai masalah untuk mengeja dan membuat pelbagai tugasan dalam
satu masalah
Golongan
ini dapat membangunkan kebolehan mereka sepanjang kehidupan mereka.
4.5 Kurang
Upaya Pertuturan
Individu yang
mengalami masalah untuk bercakap. Pada awalnya, masalah ini berlaku disebabkan
oleh dua faktor:
1)
Pembetukan kord vokal suara yang terbantu
2)
Masalah pendengaran
Pembentukan
kord vokal yang terbantut boleh
menyebabkan seseorang tidak boleh menghasilkan bunyi yang sesuai untuk menyebut
perkatan atau pu huruf
Masalah
pendengaran atau pekak juga mampu mendorong individu ini untuk menjadi bisu.
Mereka mempunyai suara untuk bercakap namun mereka tidak tahu bagaimana ingin
menyebut atau cara sebutan sesuatu perkataan itu disebut. Golongan ini mampu
bercakap jika mereka diajar dengan baik.
6. KERAJAAN
DAN GOLONGAN KURANG UPAYA
Malaysia
terkenal dengan masyarakatnya yang majmuk. Kehidupan rakyat menjadi tumpuan
kerajan untuk terus dibangunkan demi kesejahteraan masa hadapa. Gagasan Perdana
Menteri Pada 2009 menjadi titik tolak kepada perubahan besar dalam negara.
Semua golongan telah mendapat faedahnya.
Sebagai contoh setiap tahun kerajaan
akan memperuntukkan bajet tahunan untuk golongan Ornag Kurang Upaya
membangunkan dan mengembang taraf hidup mereka. Pada 23 Oktober 2013 semasa
pembentangan Bajet 2014, kerajaan memperuntukkan hampir 4 juta ringgint untuk
pembangunan dan kajian untuk meningkat dan membantu taraf kehidupan orang kuran
upaya.
Selain daripada itu, dibawah
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat juga, banyak program
yang dijalankan untuk membantu dan memberi pelindungan kepada Orang Kurang
Upaya. Sebagai contoh program KAR1SMA yang dilancarkan pada Tahun 2011 telah
banyak membantu golongan terpinggir seperti Orang Kurang Upaya. Ini sekaligus
membuktikan bahawa kerajaan tidak pernan meminggirkan hak istimewa golongan
ini.
Sehingga tahun 2012, hampir 10
peratus peserta KAR1SMA merupakan golongan Orang Kurang Upaya dan mereka semua
berjaya dalam bidang perusahaan kecil yang mereka ceburi hasil bantuan dana
sokongan kerajaan yang memperuntukkanmodla sebanyak RM 5000 setiap peserta
termasuk bantuan kelengkapan dan kemudahan untuk berniaga dan apa sahaja bidang
yang mereka ceburi.
Secara kesimpulannya, walaupun
golongan Orang Kurang Upaya ini merupakan golongan minoriti di Malaysia, namun
penglibatannya dalam komuniti tetap dititikberatkan bagi memastikan mereka
mampu untuk terus seiring berjaya bersama komuniti mereka dan tidak ketinggalan
dalam bersama-sama menyumbangkan tenaga dalam bidnag yang mereka minati.
7. KONSEP
PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Antara sumbangn
terbesar kerajaan dan paling awal di
Malaysia ialah, penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Ianya mula di
perkenal di Malaysia pada tahun 1990. Sepanjang penubuhannya, masyarakat masa
itu memberi respon yang baik terhadap fungsi dan peranan dan sehingga tahun
2001 sebanyak 243 PPDK telah ditubuhkan di seluruh negara. Dengan penglibatan
sebanyak 5572 peserta. Dan sehingga 2011 sebanyak 6210 peserta telah
dicatatkan.
Konsep PDK telah perkenalkan di
Mexico pada tahun 1960 di sebuah pekan kecil yang mana menamakan tempat itu
sebagai Kampung Kanak-Kanak Istimewa. Fungsi dan peranannya dilahat sebagai
sebuah usaha murni untuk menjaga golongan orang kurang upaya. Pada tahun 1980,
World Health Organization (WHO) melihat konsep pemulihan ini menjadi satu
alternatif yang baik dan pada tahun itu juga WHO menerbitkan manual panduan
untuk Pemulihan Dalam Komuniti.
ESCAP (UN Economic And Social
Commisions In Asia Pacific) telah memberikan panduan dan pendefinisian sebenar
“pemulihan” yang dapat menjelaskan konsep sebenar PDK. Kerana PDK merupakn
pendekatan berasaskan masyarakat. Maka konsep ataupun makna utama PDK pada hari
ini membawa pamulihan dengan maksud pendekatan berasakan komuniti terhadap
perlindungan, pemulihan, kesaksamaan dan peluang OKU.
Konsep ini telah diterima pakai oleh
semua negara yang menjalankan PDK ini di negara mereka termasuk Malaysia. Makna
komuniti dalam ini pula merujuk kepada penglibatan komuniti dalam menjadi
pemudah cara dalam bentuk pekerja di PDK atau sukarelawan terbuka.
Secara ringkasnya, PDK merupakan
strategi pembangunan umum komuniti untuk pemulihan, kesaksamaan peluan dan
sosial inklusif untuk semua OKU. Pusat Pemulihan Komuniti diimplimentasikan
melalui gabungan usaha OKU dan komuniti sekelilingnya yang berkaitan dalam
membantu dan meningkatkan taraf kehidupan mereka dan kemahiran mereka.
8. PERANAN
DAN FUNGSI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Dalam topik
sebelum ini konsep PDK telah kita bincangkan. Namun persoalan timbul, apakah
perana dan fungsi utama PDK ini yang mampu memberi impak dan kesan yang positif
kepada peserta dan komuniti sekelilingnya?
Umum mengetahui konsep PDK adalah
pemulihan yang berasaskan komuniti seratus peratus. Maknanya, komuniti amat
penting dalam semua aspek dari segi pembagunan modul dan latihan, pemantauan
perkembangan OKU untuk EQ, SQ, PQ dan IQ. Makna pada hari semua, masyarakat
perlu terlibat bagi memastikan objektif utama penubuhannya dapat di capai.
Peranan utama PDK adalah menjadi
tempat perlindungan kepada golongan kanak-kanak OKU. Namu apabila ianya berjaya
maka PDK telah menjadi tempat untuk semua golongan OKU untuk meningkat
kemahiran dan kebolehan yang ada pada diri mereka. PDK mempunyai piagam dan
perlembagaan yang perlu dipatuhi oleh komuniti yang terlibat dalam program PDK
ini. Setiap pekerja PDK perlu untuk memahami dan mahir dalam selok belok
penjagaan dan keperluan OKU terutamanya kanak-kanak OKU.
Selain daripada itu, PDK mempunyai
modul latihan perkembangan bagi memastikan perkembangan OKU dapat dibangunkan
sebaik mungkin dan dapat menjadikan OKU mempunya kemahirannya tersendiri.
Antara modul latiha yang ada ialah, modul pembanguna kreativit yang hampir
semua PDK menerapakan unsur kesenian dalam modul kemahiran seperti seni tari,
seni nyanyian, seni musik, seni tampak dan lukian dan seni lakonan.
Hal ini sekaligus menjadi landasan
yang baik dalam mengembangkan kebolehan dan bakat golongan OKU. Hal ini kerana,
seni merupakan bidang yang hampir semua manusia dapat ceburi kerana tidak
melibatkan pengguan tenaga yang banyak dan memang ada dalam diri dan hanya
perlu untuk dikembangkan melaui latihan dan sebagainya.
Penekanan juga diberikan dalam aspek
penjagaan dan kesalamatan OKU antara satu sama lain. Umum mengetahui golongan
OKU merupaka golongan yang agresif dan gemar melakukan aktiviti yang diluar
jangkaan. Maka penekanan aspek keselamatan perlu bagi memastikan keselamatan
peserta lain dapat terjaga dan juga keselamatan pekerja PDK.
9. PENDIDIKAN
ORANG KURANG UPAYA
Kepentingan
sosial golongan minoriti ini juga menjadi bahan utama kerajaan dalam membantu
OKU untuk terus membangun. Sama seperti orang lain, pendidikan merupkan wadah
utama dalam pembangunan tamadun. Maka, pendidikan bagi golongan istimewa terus
menjadi perhatian kerajaan.
Walaupun golongan ini merupakan
golongan minoriti dalam keistimewaan tetap diberikan dalam pendidikan mereka.
Walaupun silibus pembelajaran sama, namun teknik pembelajaranya berbeza dengan
yang pelajar normal. Bagi pelajar yang mengalami masalah penglihatan, mereka
akan menggunakan kanta pembesar, kertas yang lebih besar dan mesin taip braille
bagi yang buta. Peruntukkan masa dalam peperiksaan juga dipanjangkan bagi
memberi ruang bagi mereka untuk menjawab soalan dengan baik.
Di universiti pula, banyak program
pendidikan yang berfokus pendidikan khas bagi melatih tenaga mahir dalam bidang
pendidikan khas yang memfokuskan OKU. Sebagai contoh, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) menawarkan program Ijazah Sarjan Muda Pendidikan
(Pendidikan Khas) sebagai satu langakh untuk memenuhi keperluan guru pendidikan
khas di Malaysia. Ini sekaligus dapat menyelesaikan masalh guru yang tidak
mahir dalam mengatasi pelajar yang berkeperluan khas.
Dalam peruntukkan 21 peratus bajet
untuk pendidikan, 5 peratus dari jumlah yang diperuntukkan adalah untuk
pelakanaan modul latihan dan silibus khas serta penubuhan sekolah pendidikan
khas yang lebih banyak bagi golongan OKU. Ini merupakan langkah murni kerajaan
dalam menjaga hal ehwal pendidikan OKU dengan lebih baik.
Sehingga
hari ini, ramai pelajar OKU berjaya mencatatkan keputusan yang sanagt cemerlang
dalam semua jenis peperiksaan di Malaysia. Ini menjadi peransang kepada
kerajaan untuk terus meneroka kebolehan dan kemahiran yang ada pada OKU. Maka
dengan itu, kerajaan menginterpretasikan rasa bangga itu melalui program dan
peruntukkan untuk OKU dalam semua aspek bagi memastikan golongan ini tidak
tepinggir dalam arus kemodenan.
10.
KOC KHAS OKU, TEKSI DAN
BAS MESRA OKU
Mungkin kita
pernah dengar Koc Merah Jambu untuk wanita dalam LRT dan kereta api. Apa sebenarnya
fungsikos khas seperti ini? Koc Khas seperti ini memberi keutamaan bagi
golongan khas untuk mendapat keselesaan dan kemudahan.
Pada awalnya, hanya tempat duduk
khas yang disediakan kepada golongan Oku namun pada hari kerajaan sedang
mengkaji relevannya pelaksanaan koc khas ini. Pada tahun 2012 Datuk Sharizat
Abdul Jalil telah mencadangkan usul ini di parlimen dan telah mendapat
persetujuan ahli dewan lain yang bersidang pada masa itu. Usul ini telah
dipanjangkan di Dewan Negara dan masih dalam proses kajian untuk memastikan
relevannya pelaksanaannya.
Antara objektif utama pelaksanaan
koc khas ini, ada bagi memudahkan golongan OKU menggunakan LRT dan kereta api
dengan selesa tanpa perlu bersesak-sesak ketika memasuki LRT dan kereta api.
Selain itu, memberi kemudahan kepada pengguna kerusi roda untuk memasuki koc
tanpa perlu memikir masalah ruang untuk kerusi roda mereka. Jika koc khas ini
dilaksanakan, sekaligus ia memudahkan OKU untuk menjalani kehidupan harian
tanpa memikirkan masalah untuk bersesak ketika menggunakan pengangkutan awam.
Selain itu, pelaksanaan bas dan
teksi mesra OKU perlu dilaksanakan bagi memastikan keselesaan OKU ketika
mengguna dua pengangkutan awam yang penting ini. Makna mesra OKU ini ialah,
mempunyai tempat khas di dalam bas untuk orang OKU sama untuk duduk atau
menyimpan alatan sokongan seperti tongkat dan kerusi roda. Manakala di teksi
pula, terdapat tempat untuk meletakkan kerusi roda dan sebagainya serta
mempunyai pembesar suara bagi membantu orang yang mengalami masalah penglihatan
bagi mengetahui nilai tambang teksi dalam meter dan destinasi. Selain itu,
pemandu teksi juga perlu mahir menggunakan teknik asas bahasa isyarat bagi
memudahkan komunikasi dengan OKU pendengaran dan OKU percakapan.
11.
KESIMPULAN
Sememangnya
kerajaan komited dalam menjaga hal ehwal Orang Kurang Upaya. Kerajaan telah
melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memberi sumbangan kepada golongan OKU.
Walaupun golongan ini merupakan golongan minoriti, namn kepentingan mereka
perlu dijaga bagi memastikan mereka dapat membangun.
Dari pendidikan hinggalah
pengangkutan, bantuan kerajaan merentasi semua aspek yang sama dirasai oleh
orang biasa bagi memastikan mereka dapat berjaya seiring dengan tuntutan negara
pada hari. Kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk mereka dikenali,
dilindungi dan disayangi oleh masyarakat.
Kerajaan banyak menginterpretasikan
keprihatinan mereka melalui bentuk sokongan dana dalam perniagaan, bantuan
dalam pendidikan dan pelindungan seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Keprihatinan
kerajaan ini disokong oleh rakyat yang turut sama menjaga keperluan dan
kehendak OKU ini.
Tuntaslah bahawa, kerajaan
sememangnya komited dalam memastikan kebajikan OKU sentiasa terjaga walau
dengan apa cara sekalipun. Ini bagi memastik mereka turut menbangun seiring
kepesatan pembangunan negara dan agar mereka tidak terpinggir. Maka itu dalam
penulisan ilmiah ini telah dijelaskan bahawa kerajaan merupakan kunci dalam
memastikan setiap kebajikan OKU ini dapat terjaga, terjamin dan terlindung.
Bibliografi
Adam, A. (2005). Malaysian
Disabilities . Kuala Lumpur: Palgrave Macmilin.
Ahmad, Y. (Director). (2010). Talentime [Motion Picture].
Benjamin, L. (2013). Introduction Psychology. USA: McGraww Hill.
Hussain, M. K. (2007, August 26). Jenis-Jenis OKU . Retrieved
October 2, 2013, from Jabatan Perkhidmatan Awam: http://www.jpa.gov.my
Kuno, K. (2009). Definition Of Rehablitation. Comunity Based
Rehabilitation , 7-8.
Kuno, K. (2007). Does Comunity Based Rehabilitation Really Work?
Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia.
Matlin, M. W. (2012). The Psychology Of Women and Disabled. USA:
Wadsworth Cengage Learning.
Pamela Paxton, M. M. (2007). Disablities : A Global Perspective.
California: Pine Forge Press.
Razi, S. S. (2011). Sumbangan Kerajaan. Kuala Lumpur: Berita
Harian.
Santrock, J. W. (2013). Life-Span Development. USA: McGraw Hill.
Teks UcapanBajet 2014. (2013, Oktober 23). Retrieved Oktober 25, 2013, from
Berita Harian: http://bharian.com.my/bajet_2014