Translate My Story to Understand it More

Wednesday 26 December 2012

My Second Family Part 1

Dalam kolej ni aku ada family besar iaitu JPP KML.. Aku sayang mereka semua ewm nak mereka okay teliti setiap satu watak mereka.

Abang Razi
Nama penuhnya, Mohammad Firdaus Fakhruddin Razi. Dia YDP kita orang. Dia nie caring dan penyayang. kalau boleh dia nak bantu semua orang. Kadang-kadnag dia akan diam bila dia ada masalh. Best sangat bila dapat kerja ngan dia. Eventhough dia cerewet, tapi aku suka kerja ngan dia sebab dia nak semua perfect. Dia selalu meletakkan dirinya dalma sesuatu perkara, tapi masalahnya dia ni jarang serius bila bekerja hmm.. Tapi terbaeeekkk,

Pakong
Nama penuhnya, Mohd Fakrullah bin Mohd Khairul Zahrin. Dia ni Naib YDP.. ewm dia orang Klate..hok alo..hehe dio ni selalu kecek klate, eventhough hambo tak pehe, tapi hambo redah jew kecek klate ngan dio..hehe dia ni Minat dengan Heliza Helmi..fuyooo..dia pun sama gak suka main-main dan jarang aku tengok serius..HMMMMM

Amirah
Nama penuhnya Amirah Shahirah Amalina Hayadi. Panjang gila nama dia. Dia ni SU agung dah dulu, naib SU 1 tapi dia ganti aku sebab aku sakit..hehe dia nie pandai melukis dan tabah orangnya. dia yang akan inform kitaorang bila ada meeting dan sebagainya.. Dia cepat menangis bial ada hal2 yang berkaitan JPP dan sebagainya.. HMM hatinya sangat lembut bak Phylum Porifera..HMmmm dialah SU terbaikkkk..

Ina
Nama penuhnya, Ina Mardeanna Anak Gindi,. Naib Su Agung 1.. dia kecik dan pendek orangnya tapi comel. Namapak jak kecik tapi tegas..tegas gila... kalau dia kat tidak, tidak lah maksudnya tu... Tapi dia ni penyayang tau..nak tahu apa buktinya, tunggu post seterusnya...

Zainal
Muhd Zainal Udin. Bendahari yang berwibawa. HMM semangat..dia mempunyai amanah yang berat sebab nak jaga duit JPP..akusenang kerja ngan dia sebab dia tak banyak songeh..heheh..dia sekepala nagn Ijan dan nak tahu dia nak Jadi penyanyi, dia minat Adele dan Faizal Tahir..yekew...

actually kami ada 20 orang nanti part tu aku cerita pasa JPP Majlis Eksekutif pula. yang ni exco tertinggi.



Berlakon Baik...Berlakon Sayang...

Memang sakit hati bila seseorang tu tak 100% sayang dan peduli pasal kita. Kita hanya dijadikan tempat untuk meluahkan perasaannya sahaja. Memang sakit hatilah. dan bila masa kita pula nak luahkan perasaan kita, dia pulak yang malas nak layan kita. Dan yang paling sakit hati lagi tu, depan kawan-kawan kita dia baik semacam, tapi bila berdua jak macam tak pernah kenal langsung. Memang sakit. Mungkin anda pernah mengalami masalah ini. Ewm manusia, cepat sangat berubah hati. Bagus kawan ngan anak singa, lagi best, binatang pun tahu menghargai jasa manusia. Hmm.. Walauapapun aku sayang semua orang yang pernah sayang ngan aku... Peace no war..

Tuesday 25 December 2012

BrandsOutlet, Factory Oulets Store (F.O.S)

Yeay. Seronoknya, Tiga hari kat Kota Kinabalu, bukan makan yang aku Fikir tapi new look for 2013. yelah sume Mall buat YES (Year,End. Sale).. Apa lagi beli jak lah. bayang kan, Aku beli 3 baju roundneck only RM50 di BrandsOulet. Mat Nizam pula 3 for RM23 di Factory Oulets Store. Fuiyoo.. Shopping sakan aku ngan Mat Nizam. For my special one, aku belikan T-Shirt dengan Scarf. Aku harap dia suka lah. haha. Memang best. Next year before terbang ke UK (insyaAllah) aku nak ke Kota Kinabalu bercuti dengan my Family,,,Yeayhuuu.... Tq Ameera, Hania, and Mat Nizam sebab sudi holiday dengan saya walaupun banyak nak buat tapi "tak Sempat" sebab masa, ruang dan peluang yang di curi orang lain.. hahaha..  Tq Very mUch.. Assalamualaikum///

Persahabatan Ibarat "Jigsaw Puzzle"..

Dalam persahabtan nie, banyak benda yang kita perlu tampuhi. Kalau kita sekepala dengan kawan kita tu okaylah. Tapi bayangkan kalau sahabat kita tu berbeza pandangan dengan kita. Uiinnaa masak kita dibuatnya. Maksud saya disini, setiap apa yang kita suka berbeza dengan kawan kita tu. hmm memang Kanser Otak dibuatnya.. Tapi kita kena bersyukur ada sahabat macam tu. Allah pertemukan kita dengan sahabat kita ada sebab musababnya. Apa yang pasti kita dengan sahabat kita tu akan saling melengkapi antara satu sama lain. We Like Puzzle, Because We Complete each other.

Aku pernah diberitahu oleh seorang senior kat sini yang mana dialognya macam nie eheemm..
"Wes, kau patut bersyukur ada kawan yang macam tu, Allah pertemukan kamu sebab kamu akan saling melengkapi antara satu sama lain. Kamu akan saling menyokong. Jangan pernah menyesal jumpa mereka. Dorang bukan mahu rosakan hubung Wes dengan ***** tu, tapi ini jalan supaya Wes berubah"....
Dialog ni aku dengar waktu aku pernah hampir nak bergaduh dengan Hania dan Ameera. Orang yang memberitahu aku perkara ini memang baik orang nya. Tapi nama beliau saya rahsiakan. tapi andai beliau membaca blog ni Wes ucapkan "terima kasih kak". :-)

Tapi itulah, bila sampai tahap dah naik darah, kita mesti bersabar sebab kita tak tahu mungkin kita ada juga buat salah. Tali persahabat tu kalau boleh jangan  putus sebab padi akhirnya, Sahabat juga tempat kita meluah HMMM....

Saya percaya apabila kita bercinta, sekali kita putus dengan boyfriend/girlfriend kita, confirm kita tak melayan antara satu sama lain dan saling membenci. Sebab itulah bahaya bercinta sebelum kahwin.

Antara Cinta Kekasih dan Cinta Sahabat, Cinta Sahabt lebih kuat, sebab seorang sahabat yang baik akan rasa cemburu bila kawannya ada pasangan, sebab dia takut sahabatnya itu nanti disakiti. Tapi itulah realiti kehidupan. So kepada sahabat baik Wes, jangan pernah lupa Wes okay..heheh Yelah hati manusia tu cepat berubah kerana cinta yang belum pasti. Oh ya, berikut merupakan Top 5 Ranking Cinta...

1. Cinta Kepada Allah
2.Cinta Kepada Rasul
3.Cinta Kepada Ibu/Bapa
4.Cinta Kepada Sahabat
5.Cinta Kepada Pasangan

Mungkin anda tertanya-Tanya, kenapa Cinta Sahabat lagi tinggi,?? Sebab cuba korang muhasabah balik, kalau korang break ngan "couple" korang, mesti bestfriend korang akan menjadi tempat korang meluahkan perasaan. Tapi kalau dah happy, confirm Cinta Kepada Pasangan melebihi segalanya...

Walau bagaimanapun, Wes sayang semua sahabat-sahabat wes. Malas nak mention nama korang sebab banyak sangat, Kalau boleh wes nak semua datang masa Wes kahwin nanti..Cheewaahh..heheh..lama lagi nak kahwin...hahah.. Thats All Thank you... Love You All Sooooo Muccchhh

Saturday 22 December 2012

Makan Angin Haha

Yes..last night ke Suria Sabah dan mata ku tak dapat lari dari melihat baju dan aksesori. Huh last night aku beli Scarf di Tongs dan 2 Tee Top di Brandoutlets. Yeay best nyer..anyway tq to Ameera dan Hania yang bawa aku dan Mat jalan2...hari ni kami nak round KK..yeay...

Friday 21 December 2012

Cuuuutttiiiiii..Yyyeeaayyy

Yeay cuti krismas..sepanjang 3 hari nia aku Mat,Hania, dan Ameera bercuti kat KK..yeay..dah empat bulan tak keluar dari Kolej, hari nak release tension..at least tak juga beku otak tinggal kat kolej jew..yeay..cuti nie nak jalan puas kat KK kalau ada wes saya post gambar sepanjang cuti..masa nie juga lah aku nak berbaik dengan Mat..to instill our friendship.sebab rasa bersalah sebab sepanjang matrik aku jarang hangout bersama dia..so its time for us..also hania dan ameera..okaylah tunggu post seterusnya..

Sahabat Saya...

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Hmm perumpamaan ini boleh dikatakn selalu jugak lah di dengar.. apa yang penting dalam persahabatan banyak perkara yang kita harus jujur terutama sekali siapa sebenarnya kita bagi kawan kita tu. Hmm.. Aku nie dah banayk perkara yang membuatkan aku bertemu ramai kawan.. Dari sekolah rendah samapi lah dalam kolej nie. Hmm kalau boelh rasa tak nak berpisah denga mereka semua tapi takdir Allah menentukan segalanya..

Mat Nizam aku kenal semasa sekolah menegah di SM Sains Lahad Datu lagi.. lolzz pertama sekali aku jumpa dia ewmmm rasa macam tak boleh masuk masuk je dengan dia. tapi memandang dia yang banyak tolong untuk aku sepanjang menyesuaikan diri di SM Sains Lahad Datu aku dapat nilai bahawa dia je satu tempat yang boleh aku luahka everything..Thank Mat Nizam.. haha.. Sepanjang di sekolah dulu, kami duduk sbersebelahan dan sekelas bersama sehingga form 5..hehe boleh dikatakn macam belangkas juga lah.. Dia jugalah yang tarik aku dalam bidang Perbahasan sehingga peringkat kebangsaan..Kami selalu study bersama-sama..dan akhirnya dia dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan sekali lagi dia cemerlang dalam PSPM denga pinter yang sangat cemerlang.. Aku bangga sebab di mahu juga jadi bestfriend.,. Thank Mat.

Post yang seterusnya nak cerita pasal Hania, Ameera dan Ikram pula.. dan aku akan cerita pasal ahli-ahli JPP pula...

Thursday 20 December 2012

Matrics Life Part 2

Assalamualaikum...cheewaa...ini sambung Matrics Part 1.. Di matrics ni saya merupakan JPP ataupun Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.. saya merupakan Setiausaha  JPP.. Sebelum masuk matriks lagi saya dah plan nak jadi JPP..alhamdulillah dapat juga.. hehe kalau nak diceritakan saya ni dah besar panjang dan bohonhglah kalau saya tak da hati atau perasaan nak bercinta.. memang ada tapi Belajar tu lagi penting..hmm..

Kadang-kadang diuji juga dengan rasa jatuh hati dengan some one.. hahah..tapi masih berpegang teguh kepada prinsip.. dan sebenarnya ada orang lain kat luar yang masih boleh jaga and care about me. Ewm.. Di matriks ni aku cuba untuk berkawan dengan semua orang. even kakak-kakak penjaga koperasi pun jadi kawan. Tapi di Matriks nie my BFFL adalah Mat Nizam (jangan Lupa add dia kat facebook), Hania Bamadhaj and Ameera Farhana.. Mat Nizam BFF dari sekolah lagi.. Hania and Ameera aku kenal kat sini jak.. Since we are classmate, tu yang rapat macam belangkas. selain dorang ada seorang senior nama dia Muhammad Fadhli Zil Ikram Siddiqin (ikram)..panjang sangat nama dia... Dia merupakan antara senior yang boleh dikatakan rapat dengan aku. Haha..Macam abang aku lah. hahha

Mereka semua selalu bagi semangat kerana aku anggap mereka sudah macam ahli keluarga aku sendiri... Nak tahu macam mana kami boleh kenal.. Kena tunggu post yang seterusnya. Wassalam

Last Class in 2012

Hari nie 21 Dec 2012. Hari terakhir kelas dalam 2012. Kelas Biology lagi tu.lecturer nak explain lebih sikit tapi semua pelajar semangat nak balik nak cuti krismas. Haha..inilah hidup sebagai pelajar college..oh ya post nie saya tulis menggunakan iPhone one of my bestfriend..Ameera Farhana Alkesah..ameera cute and kengkang..cuti krismas nie bercuti dengan dia Hania dan Mat Nizam di Kota Kinabalu..okaylah..chaow chincaw (jalan dulu)..wasalam..

Matrics Life part 1

Pada 20 Mei 2012 yang lalu, saya telah mendaftar di Kolej Matrikulasi Labuan dan saya mendapat kursus Sains Hayat modul 1. Plan nak tukar modul tapi tak dapat. Kemudian kami ada minggu orientasi selama seminggu. Memang memenatkan minggu itu, tapi dapat jumpa kawan baru yeay.. Seminggu kemudian kami memulakan minggu belajar. Saya di tempatkan di BP3T17. Hari pertama aku rasa memang janggal tapi aku ada kenal kawan masa orientasi nama dia Taufiq. Haha memang lucu, tapi saya bertindak ceria untuk tunjuk kepada orang yang saya ni taklah Lame sangat. Bila tengok classmate baru seram sejuk saya di buat. Semua muka bijak2 yalah kan modul 1 PST. Modul yang sangat mengerikan. First impression saya , bolehkan aku bergaul dengan mereka.
First week belajar semua intro jew, tapi syok sangat.. tapi aku tetap happy sebab aku masih satu tempat belajar dengan one of my bestfreind iaitu Mat Nizam. Sehingga hari nie kami tetap bersama. Mat tak pernah terasa tersisih apabila aku ada kawan baru macam Hania dan Ameera. Malah dia happy sebab aku dapat berkawan dnegan orang lain, sayang Mat,,
Okay back to the story mory, hehe oh yah, saya sebenarnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej nie,, nak tahu mcam mana saya boleh jadi JPP??? Tunggu Matrics Life Part 2 :-)

Wesmorlan In The House

Assalamualaikum ...Cheewah... nama Blog bukan main gempak lagi. tapi isi belum tahu lagi. Apa yang penting orang kat luar sana dapat manfaat. Dalam Blog nie saya akan kongsi serba sedikit ilmu cerita yang saya tahu. Ewm.. Insya-Allah saya akan berusaha untuk menyebarkan Ilmu yang saya tahu.kepada pembaca mungkin ini kali pertama, kalau nak kenali saya Add saya di Facebook (www.facebook.com/wesmorlan.banding) dan Follow saya di Twitter @Weiszs..

Baiklah nak di jadikan cerita, sekarang ni saya sedang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan dalam bidang Sains Hayat Modul 1 (bio,physics,chemistry). Exam sem 1 dah selesai. pointer pun cukup makan jak. 2.75... tapi tak kisah pun sebab saya dah berusaha lebih dan saya percaya kepada rezeki dan takdir Allah SWT. Owh by the way mungkin tertanya-tanya kenapa nama saya Wesmorlan. ewm..mesti pelikkan tapi apa yang penting Im Proud to Be A Muslim. Ala saya ni bukanlah Alim sangat. tapi berusaha kearah itu.. saya dilahirkan pada 27 November 1994.. Maknanya saya baru jew cukup 18... anyway bersyukur sebab masih hidup. ewm. sebenarnya masih terlalu awal nak post pasl; my Matrics Life.. baiklah nak tahu cerita nyer, kena tunggu post seterusnya
.
Wesmorlan In The House yaww...